Click Here Friend!

Showing posts with label drama melayu. Show all posts
Showing posts with label drama melayu. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Adengan tak logic drama Tempatan Kita...hehehe

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Tiba-tiba bunyi duit syiling jatuh ke tempat ambil duit!...Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi.Pengarah fikir adegan tersebut di saksikan oleh penonton yang pekak! 



2.Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia bergaya mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah selesai sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... "Hello". Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan 
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini. 



3. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas. 

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.