Selain van jenazah, pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) juga akan menggunakan lori penguat kuasa bagi membawa mereka yang culas melaksanakan kewajipan itu.
Tindakan itu adalah atas budi bicara pihak berkuasa tetapi mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, orang yang tidak berpuasa boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, hukuman bersiar-siar menaiki van jenazah atau lori penguat kuasa bukannya bertujuan memalukan individu yang tidak berpuasa.
Sebaliknya, beliau berkata, ia sebagai satu cara tarbiyah supaya mereka menyedari kewajipan berpuasa sepanjang Ramadan.
“MPPP dan MPSP akan bekerjasama dengan JHEAIPP dalam melaksanakan penguatkuasaan secara tegas. Ia bakal dimulakan pada hari pertama Ramadan dengan anggota penguat kuasa akan melakukan rondaan di sekitar premis menjual makanan,” katanya.
Abdul Malik berkata, individu yang membeli makanan dan minuman dalam bungkusan pada waktu yang tidak munasabah juga akan diperiksa untuk memastikan kesahihan tujuannya, sama ada untuk di makan pada siang hari atau untuk berbuka puasa.
Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan pemilik restoran atau gerai yang bersubahat dengan menyediakan makanan termasuk minuman kepada kaki ponteng puasa.
"Tindakan menjual makanan pada siang hari dan terlalu awal daripada masa dibenarkan, bukan saja tidak menghormati Ramadan, malah mendorong individu Islam lain melakukan dosa.
"Peniaga tidak seharusnya mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata, sebaliknya harus bertanggungjawab memelihara kesucian Islam," katanya.
Abdul Malik berkata, pihaknya juga akan menggantung kain rentang dan menampal poster bagi menerangkan kewajiban berpuasa berhampiran premis menjual makanan dan minuman bagi memberi kesedaran orang ramai.
Pernah naik Black Maria.. hehe
ReplyDelete